Patch here to bring a karangan peribahasa courtesy of the Clown of all CLOWNS:
FING!
"Gajah Sama Gajah berjuang, Pelanduk mati di tengah-tengah"
Sebuah kumpulan pelajar, Muzzle, Stittalicious, Sunami dan Fing, mula-mula bangga kerana dapat mengambil kombinasi subjek yang mengandungi kedua-dua subjek kegemaran mereka, Sains dan Bahasa Melayu. Tidak hairanlah jika mereka begitu ghairah untuk menghadiri kelas-kelas tersebut. Lantas, setengah tahun pertama berlalu dengan keempat-empat sahabat itu semakin jemu dengan subjek Bahasa Melayu. Akhirnya, pada suatu hari, kesabaran mereka hampir mencapai tahap di mana mereka tidak akan dapat mengawal diri mereka.
Guru Bahasa Melayu mereka, Pu-Know-Who, menyuruh merekan melakukan latihan kefahaman apabila terdapat peperiksaan Sains pada keesokan harinya. Kerana ter lalu sibuk belajar untuk peperiksaan itu, mereka tidak sempat melakukan latihan kefahaman itu. Lantas apabila mereka menjelaskan bahawa mereka sedang belajar untuk peperiksaan tersebut, Pu-Know-Who memberontak, “Oooh. Adakah Sains lebih penting dari Bahasa Melayu? Mana kamu semua letak keutamaan kamu?” Mereka semua berdiam saja. Pu-Know-Who pun meminta nama cikgu Sains mereka, Encik Ban. “Saya akan jumpa Encik Ban,” katanya sebelum berjumpa dengan Cikgu Ban.
Entah apa yang berlaku, tetapi tiba-tiba saja semua latihan Bahasa Melayu diadakan pada hari yang sama seperti peperiksaan Sains, mahupun peperiksaan lain sperti matematiks. Kian hari, keempat-empat sahabat itu pun semakin penat dan menghadapi tekanan yang amat serius, tetapi semua itu tidak pun dihiraukan oleh Pu-Know-Who. Namun ,sebagai insan yang berhati perut, mereka hanya bersetuju. Namun ,akhirnya, Muzzle, Stittalicious, Sunami dan Fing terlupa menghantar tugasan Melayu yang diberi. Pu-Know-Who pun memarahi mereka dan menyuruh mereka melakukan bina ayat sepuluh kali dan refleksi diri pada keesokan hari. Dan sekali lagi, Pu-Know-Who telah menghiraukan keadaan kami yang terpaksa menduduki peperiksaan Matematik, Sains dan Sejarah pada keesokan hari. Cikgu Ban pun sama. Dia sengaja mengadakan peperiksaan pada hari yang mereka menduduki peperiksaan Melayu. Ternyata, terdapat sesuatu perselisihan di antara kedua-dua guru tersebut. Dan tanpa disedari, murid-murid mereka berdua telah merana dalam senyap kerana takut akan kuasa guru mereka yang hebat.
Pada suatu hari, Sunami dilanda penyakit dilanda penyakit demam kerana menghadapi tekanan dari guru. Muzzle, Stittalicious, dan Fing juga tidak secergas dahulu. Cikgu Ban pun menyedari tentang kesilapannya lantas meminta maaf kepada murid-muridnya serta Pu-Know-Who. Namun, Pu-Know-Who memnita maaf, tetapi dengan cara sarkastik. Kami pun mengeluh dalam hati, kerana apa yang terjadi bagaikan gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah. Tidak apa-apa yang dapat dilakukan oleh kami, pelanduk yang tidak bermaya jika dibanding kan dengan gajah yang bermaharajalela kerana kekuatannya.
Courtesy of Fing! and he is siriusly gonna hand in this karangan *except wif proper faked names